worldwide

worldwide

Bagi kami, privasi bermula dengan kepercayaan

Pada tahun 2001, Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA yang dikenali dengan nama perniagaannya sebagai MSD di luar Amerika Syarikat dan Kanada, telah mengasaskan Pejabat Privasi untuk membangunkan dan memantau sebuah program privasi global bagi operasi kami di seluruh dunia. Progam ini berlandaskan empat nilai privasi yang membentuk asas bagi penglibatan, interaksi dan penggunaan maklumat berkenaan individu secara bertanggungjawab:

  • menghormati jangkaan privasi setiap individu,
  • membina dan memelihara kepercayaan
  • mencegah kemudaratan keatas privasi
  • Kepatuhan terhadap undang-undang perlindungan privasi sejagat merangkumi yang tersirat dan tersurat.

Program privasi kami ini dibina di atas platform akauntabiliti organisasi terhadap privasi, pengawasan keatas data yang kami gunakan untuk mengoperasikan perniagaan kami, keselarasan amalan dan piawaian privasi peringkat global yang mendukung tradisi kami dalam menjulang piawaian etika yang tinggi merentasi amalan perniagaan kami, dan pengawalseliaan berterusan untuk memastikan kami sentiasa bertindakbalas kepada perubahan di dalam jangkaan privasi bilamana teknologi dan perniagaan kami terus berkembang. Untuk maklumat lanjut tentang progam kami, sila layari bahagian progam privasi global di dalam laporan tanggungjawab korporat kami.

Pendekatan Kami kepada Kepercayaan Privasi

Oleh kerana kami percaya bahawa kepercayaan merupakan nilai teras privasi dan penting kepada misi korporat kami untuk mencari, membangunkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan inovatif yang mampu menyelamatkan nyawa dan memperbaiki kualiti hidup di serata dunia, strategi progam privasi global kami ini berpaksikan kepada dua matlamat utama yang mensasarkan pemacuan kepercayaan di dalam tatacara penglibatan kami dengan individu dan cara kami memperolehi, menggunakan dan memindahkan maklumat berkaitan individu di serata dunia.

Piawaian Global yang Selaras

Sejak kami mengasaskan program privasi global kami pada 2001, kami berusaha untuk melaksanakan dan menjulang piawaian privasi global yang selaras untuk memberi jaminan keatas cara kami menguruskan privasi dan tanggungjawab keatas perlindungan data merentasi banyak negara dan wilayah serta untuk menyokong pensijilan kami dibawah rangkakerja privasi yang diiktiraf oleh badan pengawas:

  • US-EU Safe Harbor (2001)
  • US-Swiss Safe Harbor (2009)
  • APEC Cross Border Privacy Rules (2013)
  • EU Binding Corporate Rules (2016)
  • US-EU Privacy Shield (2016)
  • US-Swiss Privacy Shield (2018)
  • EU General Data Protection Regulation or GDPR (2018)

Setiap persijilan kami ini berdasarkan kepada Polisi Global Aturan Privasi Lintas Sempadan kami

Ketelusan

Kami mengiktiraf bahawa ianya boleh menjadi rumit dan mengelirukan bagi individu untuk memahami kesemua kaedah yang berbeza dimana maklumat mereka boleh diperhatikan, dikesan, dikumpulkan, didedahkan (perkongsian), digunakan, dikaji dan dipindahkan, oleh itu kami menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyokong matlamat kami dalam menjadikan amalan kami telus kepada semua individu yang mana maklumat mereka kami proses, termasuk para badan pengawas dan agen -agen mereka yang menilai/menyemak amalan kami. Contoh utama diberikan disini:

  • Privasi atas talian – Polisi Privasi Internet kami menjelaskan cara kami memproses maklumat tentang individu didalam talian;
  • Kuki – Komitmen Privasi Kuki kami menyokong Internet kami dan menjelaskan cara laman web dan perkhidmatan atas talian kami menggunakan kuki dan lain-lain peranti pengesan atas talian.;
  • Notis berkaitan –Kami sediakan pada masa anda menggunakan atau penglibatan anda dengan perkhidmatan kami.;
  • Notis Privasi Penuh – ini bertujuan untuk memberi penjelasan terperinci tentang bagaiman amalan privasi kami dilaksanakan kepada pihak berkepentingan tertentu..;

Ketelusan Program Privasi kami

Notis privasi kami merupakan sebahagian penting didalam pendekatan kami kepada ketelusan didalam tindak-tanduk kami berkaitan maklumat peribadi

Maklumat lanjut tentang Ketelusan dan Privasi di syarikat kami

Ada pertanyaan tentang Privasi?

Hubungi kami di:
MSD Privacy Officer
B-22-1 & B-22-2
The Ascent Paradigm
No.1 Jalan SS7/26A, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

E-mail:
MSD_privacy_office@msd.com